Tuesday, July 17, 2012

::TEMPAHAN CUSTOMER::



~baju di atas asalnya plain...then customer mintak tampal jait Lace n tabuR peaRL bg menaikkn seri baju =)




~baju ni plak...asalnye plain cream..dan dihias dgn bunga rose..dijahit sekitar di kaki baju & baju...manik+labuci+kristal di sekitar tangan,leher ke pinggang dan manik tabur di celah2 bunga rose kaki baju..

Wednesday, July 11, 2012

- TEMPAHAN JAHITAN MANIK + BUNGA DI BAJU -

Thursday, July 7, 2011

-BLAUS COTTON: LABUH, SOPAN-

                                                     
                                                        SAIZ : M /38/40 (AVAILABLE)


                                                         SAIZ : M /38/40 (AVAILABLE)

                                                         SAIZ : M /38/40 (SOLD OUT)


                               
                                                        SAIZ : L / 42 / 44 (AVAILABLE)


                                                                     SOLD OUT



                                                        SAIZ : L / 42 / 44 (AVAILABLE)


                                                         SAIZ : L / 42 / 44 (AVAILABLE)









                                                                   ~BLAUS COTTON LEMBUT...
                                                                          TIDAK PANAS...
                                                                           SGT2 SELESA..
                                                                        DAN TIDAK KETAT...

                                                    ~PRICE: ONLY RM35 !!! (exclude postage)

                                                        ~terdapat byk KOLEKSI ZAH EFA di fb sy.....(ZAH EFA)
                                                                ~boleh lihat di album fb sy
                                    http://www.facebook.com/media/set/?set=a.2171866425531.129022.1512890875

Wednesday, March 16, 2011

~JAHITAN MANIK & LABUCI ~

~ harga bergantung kepada jenis, saiz maNikk dan labuci, jenis kain baju serta corak jahitan yg di kehendaki ~


~TUDUNG LABUH BERAWNING~

..Dapatkan tudung labuh yg berKualiti..mudah dipaKai...harGa berpaTutan...canTik...sOpan..menutup AuRAt..tidaK jaRang....dan terdapat pelbagai saiz dan hARganya di sini....


















HARGA MENGIKUT SAIZ (...hrga tidak tmasuk pos..):-
~XXXL = RM 44
~XXXXL = RM 50
~XXXXXl = RM 56

Wednesday, October 21, 2009

Rahsia Wanita Menjadi Cantik..


...بسم الله الرحمن الرحيمAssalaamu 'alaikum Warohmatullahi Wabarokaatuh,Wahai wanita, terimalah perintah Allah dengan sabar dan rela terhadap segala yang telah diperintahkan kepadamu. Tutuplah aibmu dan jangan sekali-kali mendedahkan aibmu itu. Allah kurniakan kepadamu kecantikan dan kelembutan, manafaatkanlah ia. Diwajibkan ke atasmu menutup aurat untuk kesejahteraanmu dan sebenarnya Allah ingin memulia serta mengangkat darjatmu ke taraf wanita-wanita suci (wanita ahli syurga yang menjadi ketua kepada sekalian bidadari). Jika kamu taat dan menerima ketaatan tersebut kamu akan dimulia serta kamu akan mendapat tempat di syurga yang kekal abadi, beruntung dan berbahagialah kamu. Sebaliknya jika kamu ingkar, tidak mahu serta berpaling dari perintah-Nya kamu akan dihina. Allah yang Maha Kuasa akan memasukkan kamu ke dalam neraka, kamu akan mendapat azab yang tidak pernah terlintas di hati kamu. Api neraka akan merobek-robek tubuh kamu yang molek itu, bahkan akibat keingkaran kamu itu kamu tidak akan mencium bau syurga, sedang bau syurga itu sudah dapat dicum sejauh mata memandang. Inilah sifat KEADILAN Allah dan sifat KEZALIMAN kamu.Ini satu berita yang paling BENAR di antara berita-berita yang kamu dengar. Allah telah memberi amaran melalui lidah utusan-Nya, Muhammad SAW, penunjuk jalan kebenaran, khatamah para Nabi dan Rasul, pembawa berita gembira dan duka, sumber cahaya kehidupan yang sentosa dan abadi, Hakim yang bijaksana, manusia yang paling benar keHambaannya kepada Al-Malik, paling 'Alim, paling 'Arif, paling Taqwa dan bagindalah tujuan sekalian Al-Falak ini (Seluruh isi bumi dan langit, syurga dan neraka) dicipta, "Muhammad Habiballah Wa Rahmatan Lil 'Alamin".Malulah kamu kepada Rasulullah! kerana baginda itu seorang yang lebih pemalu daripada anak gadis yang pemalu. Dalamilah ilmu Ad-Diinul Islam (Agama Islam) untuk kesejahteraanmu di dunia dan di akhirat. Menuntut ilmu agama (Tauhid, Feqah & Tasauf) itu wajib ke atas tiap-tiap laki-laki dan wanita islam yang mukhalaf. Kamu orang islam, bukan orang yang bukan islam, maka sudah semestinya kamu kena tahu dan WAJIB kamu tahu. Jika kamu tidak tahu tentang ilmu agama kamu sendiri atau kamu lebih tahu dan mahir ilmu-ilmu lain dari ilmu agama kamu, maka wajiblah kamu mempelajari dan mendalaminya (Ilmu Agama Islam) tanpa tangguh-tangguh lagi.Jadilah kamu wanita yang Solelah, taat kepada Allah, Rasul, Suami dan Ibu bapa. Berlaku baiklah terhadap keluarga kamu, saudara-saudara kamu, jiran-jiran kamu, rakan-rakan kamu dan orang-orang di sekitar kamu. Balutlah tubuhmu yang seni itu dengan pakaian tebal yang suram tidak berwarna (tidak dapat menarik perhatian lelaki) bukan yang berbunga-bunga, beraneka gaya dan fesyen, berbelah tepi, tengah atau di mana-mana tidak berjahit, singkat, nipis, jarang dan sebagainya. Bertudunglah kamu sebagaimana cara kamu memakai tudung di dalam solat, tapi tidaklah sampai mencecah lutut labuh dan panjangnya. "Tudung" : bukan sekadar menutup kepala dan rambutmu, bahkan juga menutup dua kuntum yang melekat pada dadamu (di bawah paras dada). Kemudian tutuplah juga kakimu dengan sarung kaki yang ada dijual di mana-mana (stokin). Auratmu : seluruh tubuhmu, melainkan muka dan dua pergelangan (tapak) tanganmu. Jika kamu memiliki raut wajah yang menawan yang dapat menarik hati lelaki, atau jika disebabkan keayuan dan kejelitaan wajah kamu itu ramai lelaki yang terpesona dan terpikat hati, maka wajiblah pula kamu 'BERPURDAH' : yakni memakai hijab/tutup muka bagi tujuan memelihara diri kamu (jua), dan sekaligus ia menutup pintu 'FITNAH' : fasyak dan mungkar serta akan terpeliharalah Syari'at Allah di bumi ini.Apa yang baik itu datangnya dari Allah, dan apa yang tidak baik itu datang dari nafsu rendahku sendiri. Maafkan aku jika hatimu tersinggung, terguris dan terluka wahai wanita. Hanya Allah yang lebih tahu.INGATLAH, WANITA ITU ADALAH HIASAN DUNIA, SEBAIK BAIK HIASAN ADALAH WANITA SOLEHAH

Monday, October 19, 2009

TAZKEERAH....

5 TANDA HATI KERAS MEMBATU

"Hati adalah sumber ilham dan pertimbangan, tempat lahirnya cinta dan benci, keimanan dan kekufuran, taubat dan sikap degil, ketenangan dan kebimbangan. Hati juga sumber kebahagiaan jika kita mampu membersihkannya namun sebaliknya ia merupakan sumber bencana jika kita gemar menodainya.Aktiviti yang dilakukan sering berpunca daripada lurus atau bengkoknya hati. Abu Hurairah lah.a. berkata, "Hati adalah raja, sedangkan anggota badan adalah tentera. Jika raja itu baik, maka akan baik pula lah tenteranya.. Jika raja itu buruk, maka akan buruk pula tenteranya". Hati yang keras mempunyai tanda-tanda yang boleh dikenali, di antara yang terpenting adalah seperti berikut: 1. Malas melakukan ketaatan dan amal kebajikanTerutama malas untuk melaksanakan ibadah, malah mungkin memandang ringan. Misalnya tidak serius dalam menunaikan solat, atau berasa berat dan enggan melaksanakan ibadah-ibadah sunnah. Allah telah menyifatkan kaum munafikin dalam firman-Nya yang bermaksud, "Dan mereka tidak mengerjakan sembahyang, melainkan dengan malas dan tidak (pula) menafkahkan (harta) mereka, melainkan dengan rasa enggan." (Surah At-Taubah, ayat 54) 2. Tidak berasa gerun dengan ayat al-QuranKetika disampaikan ayat-ayat yang berkenaan dengan janji dan ancaman Allah, hatinya tidak terpengaruh sama sekali, tidak mahu khusyuk atau tunduk, dan juga lalai daripada membaca al-Quran serta mendengarkannya. Bahkan enggan dan berpaling daripadanya. Sedangkan Allah S.W.T memberi ingatan yang ertinya, "Maka beri peringatanlah dengan al-Quran orang yang takut dengan ancaman Ku." (Surah Al-Qaf, ayat 45) 3. Berlebihan mencintai dunia dan melupakan akhiratHimmah dan segala keinginannya tertumpu untuk urusan dunia semata-ma ta. Segala sesuatu ditimbang dari segi keperluan dunia. Cinta, benci dan hubungan sesama manusia hanya untuk urusan dunia sahaja. Penghujungnya jadilah dia seorang yang dengki, ego dan individulistik, bakhil serta tamak terhadap dunia. 4. Kurang mengagungkan Allah Sehingga hilang rasa cemburu dalam hati, kekuatan iman menjadi lemah, tidak marah ketika larangan Allah dilecehkan orang. Tidak mengamal yang makruf serta tidak peduli terhadap segala kemaksiatan dan dosa. 5. Tidak belajar dengan Ayat Kauniah Tidak terpengaruh dengan peristiwa-peristiwa yang dapat memberi pengajaran, seperti kematian, sakit, bencana dan seumpamanya. Dia memandang kematian atau orang yang sedang diusung ke kubur sebagai perkara biasa, padahal cukuplah kematian itu sebagai nasihat. "Dan tidaklah mereka (orang-orang munafik) memperhatikan bahawa mereka diuji sekali atau dua kali setiap tahun, kemudian mereka tidak (juga) bertaubat dan tidak (pula) mengambil pelajaran?" (Surah At-Taubah, ayat 126).